-->
Loading...

Cara Buat ‘Sup Antibiotik’ Untuk Anak Demam Kembali Sihat dan Bertenaga

Loading...
Sponsored Links
.
Loading...

Memang merisaukan bila tengok anak lemah dan lesu bila demam. Tambah lagi kalau anak tidak ada selera nak makan dan cepat meragam tak tentu pasal. Memang memeningkan kepala mak bapak.


Selain ubat yang diberi oleh doktor, sup antibiotik ini mungkin boleh membantu merawat anak yang demam sekaligus mengembalikan tenaganya.

Artikel kali ini saya kongsikan cara buat 'sup antibiotik yang di tulis oleh Julia Daud melalui laman sosial Facebook. Resepi ini sangat senang nak buat dari rumah.

Sejak beberapa hari ini Fabian kurang sihat sebab demam dan batuk berkahak, ditambah lagi kurang selera makan dans sering meragam tidak tentu pasal.

Kami dah berjumpa dengan doktor beberapa hari lepas dan doktor berikan ubat demam serta kahaknya. Anak ni kalau demam memang selalu dalam dakapan ibunya ja, kalau tidak ayahnya. Memang merisaukan kami.

Ibu mana lah yang tak susah hati bila tengok anak lemah lesu bila demam. Tambah pula kalau anak tak lalu makan. Lagilah risau.

Bahan-bahan sup antibiotik seperti berikut :
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 -7 biji bunga cengkih
  • 5 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1 ulas bawang merah | dicincang halus
  • 3 biji lada hitam | dihancurkan
  • 1 batang lobak merah | dipotong dadu
  • 3 batang celery / ikan bilis
  • ayam / ikan /daging (sumber protien)
  • sedikit daun sup atau daun bawang
  • 3 cawan air


Cara membuat

1. Sediakan semua bahan seperti gambar diatas bersama 3 cawan air. Sukatan protein dan sayuran boleh ditambah mengikut cita rasa sendiri.

2. Masukkan semua bahan tadi ke dalam air yang telah direneh. Tunggu sehingga air mendidih.


Ibu- ibu boleh juga gunakan cara menumis, Tumiskan bawang dan rempah ratus dengan menggunakan minyak masak atau unsalted butter. Menumis guna Pure Olive Oil pun boleh.

3. Apabila ayam dan lobak merah dah empuk, taburkan daun sup atau pun daun bawang tadi.


4. Hidangkan bersama karbohidrat sama ada, bubur nasi ,noodle, mee hoon dan pelbagai perisa ataupon pasta. Boleh taburkan mix herbs semasa menyediakan hidangan.


Dah siap! boleh dihidang pada anak yang kurang selera makan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat, jangan lupa share ya.

Sumber: Julia Daud
Sponsored Links
Loading...
Loading...
Related Posts